? ??????????????Spongebob? ????? ?? ???Rating: 4.3 (50 Ratings)??2918 Grabs Today. 16810 Total Grabs. ????
??Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????????Smokeing Weed? ????? ?? ???Rating: 4.5 (28 Ratings)??2324 Grabs Today. 15063 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get t BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, June 23, 2010

Pengenalan

Hampir semua bidang secara langsung atau tidak langsung sering dikaitkan dengan konsep penggunaan dan kualiti hidup, termasuklah bidang fizik, ekologi, ekonomi dan sosiologi. Ini tidak menghairankan kerana kualiti hidup itu sendiri adalah matlamat akhir yang ingin dicapai oleh semua bidang walaupun pengertian yang diberikan kepada kualiti hidup itu sendiri pelbagai.

Secara kasarnya, ahli fizik mendifinisikan penggunaan sebagai kesan yang berlaku apabila bahan/tenaga diubah; ahli ekologi mendefinisikan penggunaan sebagai bagaimana pengguna menggunakan wang; dan ahli sosiologi pula mendefinisikan penggunaan sebagai tindakan yang dilakukan seseorang untuk menyamai orang lain. Perbezaan interpretasi ini ada kalanya menimbulkan reaksi yang berbeza.

Sebagai contoh apabila ahli ekologi menggalakkan supaya mengurangkan penggunaan, ahli ekonomi menginterpretasikannya sebagai mengurangkan aktiviti ekonomi (Robins dan Roberts, 2000). Justeru, kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan konsep dan pengukuran bagi penggunaan dan kualiti hidup, dan isu cabaran dalam melaksanakan penggunaan lestari. Perbincangan ini dibahagikan kepada sub-topik penggunaan, pola penggunaan, kualiti hidup, dan isu dan cabaran kearah meningkatkan kualiti hidup melalui penggunaan lestari.

Penggunaan

Seawal tahun 1923, penggunaan telah diberikan definisi oleh beberapa ahli ekonomi. Antara ahli ekonomi yang pernah mendefinisikan penggunaan termasuklah Kyrk (1923), Hoyt (1938), Davis (1945), Cochrane dan Bell (1956), Burk (1968), Magrabi (1970), Magrabi et al. (1991). Definisi yang diberikan menunjukkan bahawa penggunaan merangkumi skop yang luas, melibatkan analisis makro dan mikro berkaitan pelbagai dimensi penggunaan termasuklah perlakuan, ekonomi, teknikal, temporal dan agregatif.

Magrabi (1991) bukan sahaja melihat kepada input penggunaan seperti penentuan tentang apa yang perlu dihasilkan, bagaimana input digunakan dalam proses pengeluaran, agihan barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan, tetapi juga mengaitkan penggunaan terhadap taraf hidup. Malahan Magrabi menyatakan bahawa penggunaan adalah penentu kepada kesejahteraan.

Penggunaan juga adalah pembina modal insan dan merupakan input utama dalam fungsi sosial dan ekonomi negara. Konsep penggunaan dalam konteks yang lebih menyeluruh merangkumi pemilikan, guna dan pelupusan barangan dan perkhidmatan. Berdasarkan pengertian yang menyeluruh ini disimpulkan bahawa kesejahteraan hidup adalah matlamat akhir penggunaan isirumah. Unit analisis yang biasanya digunakan dalam kajian penggunaan termasuklah individu, keluarga, isirumah dan unit pengguna. Jadual 1 menyenaraikan angkubah-angkubah yang sering digunakan untuk mengukur penggunaan.

0 comments: